Pengikut

Nilai yang perlu Saya bayar untuk harga bagi sebuah "Kebodohan"

Pernah dengar tentang cerita Anjing dengan Bayang2?

Atau pernah dengar nasihat orang tua2..

Atau nasihat daripada cikgu-cikgu Kita Masa Kita sekolah dulu.. 

"Jangan jadi seperti anjing dengan bayang2. Nanti Yang dikejar Tak dapat.. yang dikendong keciciran"

Sebenarnya inilah yang berlaku dalam hidup Saya sejak kebelakang ini..

Begini kisahnya..

Saya dah menulis blog sejak dari tahun 2010 lagi... Hingga sekarang dah 10 tahun.

Masa awal2 Saya menulis blog, Saya pernah apply pengiklanan google adsense di blog saya... Tapi Tak lepas...

Masa tu syarat nak mohon google adsense ketat..

1) Perlu menulis blog dalam Bahasa Inggeris

2) Perlu sekurang2nya 10 post dalam bahasa Inggeris berkaitan dengan niche area yang sama

Seingat Saya 2 kali Saya pernah mohon.. sekali tahun 2010 Dan sekali lagi pada tahun 2011. Kedua-duanya GAGAL.

Bila dah 2 kali GAGAL, Saya kata mungkin tiada rezeki saya dengan google Adsense..

Tamat kisah lama

Masuk cerita baru..

Selepas viral kisah Sugu Pavitra berjaya buat Duit melalui Youtube juga menggunakan pengiklanan google Adsanse... Nampak peluang ada di situ... Kali ni cuba lah pula Mohon google Adsanse melalui saluran Youtube... Manalah tahu boleh berjaya...

Rupanya nampak macam mudah... Tapi Tidaklah semudah seperti yang kita sangka...

Ada 2 syarat yang perlu dipatuhi...

1) Bilangan Suscriber perlu capai 1,000

2) 4,000 jam tontonan

Baru Kita boleh monitize Dan baru iklan2 google adsense "disalurkan" ke channel youtube kita... Berdasarkan kepada situasi sekarang, Tak tahulah Berapa lama tempoh channel YouTube saya boleh monitize..

Kemudian tengok pula kawan2 blogger update bayaran-bayaran yang mereka terima melalui Adsense...

Ada yang dapat RM1 ribu lebih sebulan..

Ada yang dapat RM4 Ribu lebih sebulan...

Sedangkan tengok blog, biasa-biasa sahaja... Blog personal...

Bukan blog yang viral sana-sini tu..

Sebagai blogger, Saya pun berminat nak tahu.. macamana cara nak approved Iklan adsense...

Selepas tu, Saya tanyalah dalam group adsense Malaysia.. 

Baru tahu....

Rupanya blog bahasa Melayu pun dah boleh approved Iklan adsense...

Tanpa berlengah lagi.. terus saya mohon...

Alhamdulillah, dalam masa 3 Hari sahaja permohonan Saya diluluskan...

Masa tu betul2 Rasa seperti anjing dengan bayang2... Sibuk nak dapatkan kelulusan pengiklanan AdSense melalui Youtube... Sedangkan melalui blog yang ada, sebenarnya lebih mudah..

Begitulah kisah pengalaman Saya dengan google Adsense...

Kepada anda yang ada mempunyai blog dalam bahasa Melayu, boleh Cuba Mohon Iklan adsense melalui blog..

Sekiranya anda Tak tahu nak buat macamana?

Saya ada terangkan langkah demi langkah permohonan Iklan Adsense melalui blog dalam buku digital terbaru saya bertajuk 





Semoga bermanfaat..

Awas Rakan2 blogger sekalian... Jangan jadi seperti anjing dengan bayang2..

Gunakan kemahiran anda menulis blog, sebagai salah satu sumber pendapatan melalui googi Adsense...

Tiada ulasan:

𝗣π—₯𝗒𝗠𝗒 𝗖𝗔π—₯π—₯𝗒𝗧 π—–π—”π—žπ—˜ ᡇʸ 𝗠𝗔𝗠𝗔𝗦𝗔𝗕

𝗣π—₯𝗒𝗠𝗒 𝗖𝗔π—₯π—₯𝗒𝗧 π—–π—”π—žπ—˜ ᡇʸ 𝗠𝗔𝗠𝗔𝗦𝗔𝗕 🌹 πŸ“† 11-24 Jun 2024 sahaja‼️ πŸ’°Harga lelong π—₯𝗠 𝟯𝟡.𝟡𝟬 𝗷𝗲𝗿 πŸ’°Harga lelong π—₯𝗠 ...