Masa mula-mula nak buat sandwich tu dok takut pasal ada anak kecil setahun kat dalam rumah ni.
So asyik fikir camna nak bahagi masa nak urus anak (ajak main, susu DF etc), urus rumah, nak meroti, nak menyandwich lagi. Tu yang lambat mulakan langkah tu.
Tapi lepas fikir, kalau saya tak mula sekarang nak bisnes sandwich, saya takkan nampak jalan dan penyelesaiannya. Redah sajalah!
Pi beli barang, pi COD, angkut anak juga.
Kerja yang makan masa lama (masak inti, sapu margerin, basuh & keringkan sayur) tu buat masa anak lena.
Kekadang dok sapu inti & potong roti pun duk layan anak main.
Awal Januari baru belajar setiap resepi siap salin dalam buku, scroll setiap post kawan-kawan dalam ni, kira kos, buat tester etc. Pertengahan Januari baru serius niaga.
Bermula dengan 3 menu saja, egg mayo, carbonara dan bolognese.
Cara marketing hanya OFFLINE, guna cikgu, staf ofis dalam kalangan family.
Ni lah hasilnya, capai lebih target sale Januari. ALHAMDULILLAH dalam tempoh niaga 6 hari sahaja buka order.
Bermula hujung Januari baru saya gunakan marketing ONLINE platform IG, FB group kawasan untuk capai target Februari dan terus meroket sampai bila-bila.
Masih slowly belajar marketing online, tapi yang penting berterusan. Caranya, follow IG yang sama produk kita, belajar cara mereka buat marketing.
Betullah....
Dunia bisnes sekarang bukan lawan produk siapa paling bagus, tapi yang paling utama adalah siapa yang paling konsisten marketing.
Tipsnya:
1. Berani mulakan langkah pertama.
2. Keluarkan diri dari zon selesa.
3. Letak target berapa sales, untung bersih setiap bulan kita nak capai.
4. Nak niaga, buang malu & takut, buat saja. Kelemahan boleh dibaiki hari demi hari. Jangan mudah mengalah, harini rugi, esok lusa tulat cuba lagi.
5. Jangan lupa ambil kira kos tersembunyi dalam setiap jualan (esp yang bukan resepi cikgu).
Jangan tengok kawan jual harga ni, kita pun jual harga sama padahal barang kita beli mahal dari dia (kedai lain-lain).
Fikir cara macam mana nak kurangkan kos supaya boleh samakan harga dengan dia. Nanti takdelah asyik tercekik, niaga tapi untung takde, penat saja. Sedekah tu lain ya.
Kita semua boleh.
Terima kasih Cikgu Najah & kawan-kawan yang banyak jadi sumber inspirasi Aisyah dalam ni. Moga Allah rahmati kita semua, berkati dalam setiap langkah kita.
Nak mula buat bisnes sandwich?