Pengikut

3 Persediaan Penting Sebelum Melabur Saham



PENTING! 3 Persediaan Penting Sebelum Mula Melabur Saham!"

Inilah kunci UTAMA yang menjadi penentu sama ada anda mampu membuat keuntungan dengan pelaburan saham atau hanya mampu menghanguskan duit semata!

Ramai juga yang terus terjun ke bidang pelaburan saham ini tanpa ada sebarang persediaan kerana sering mendengar iklan-iklan serta kata-kata orang yang ceritakan hanya yang indah-indah sahaja tentang pelaburan berisiko ini.

Akibatnya, duit modal pelaburan yang ada tersebut terus terlebur hingga menyebabkan mereka jatuh terduduk dengan penuh kekecewaan!

Sahabat-sahabatku,

Pelaburan saham ini bukanlah sekadar melaburkan duit tanpa perlu fikir panjang dan duit akan beranak pinak sendiri kerana ianya bukanlah seperti pelaburan ASB, Tabung Haji dan sebagainya..

Pelaburan saham ini memerlukan analisis mendalam berkenaan dengan pasaran saham semasa dan perlu melihat carta-carta serta peka dengan berita serta laporan semasa. Ini kerana pelaburan saham sangatlah berisiko!

Tanpa persediaan diri yang lengkap, anda hanya ibarat seperti menghulur leher untuk dipancung - pastinya anda akan alami kerugian yang banyak..

Inilah 3 persediaan yang anda PERLU ada sebelum memulakan langkah pertama sebagai seorang pelabur saham:


#1 - Persiapan Mental

Pelaburan saham adalah pelaburan yang sangat berisiko tinggi - setiap saat kaunter saham boleh berubah-ubah sama ada untung ataupun rugi. Pengurusan mental dan emosi sangatlah penting agar tidak tertekan melihat carta turun naik saham tersebut.

Memiliki mindset sebagai seorang pelabur saham profesional juga perlu agar dapat mengawal diri daripada membuat tindakan-tindakan yang tidak bijak akibat permainan emosi tadi.


#2 - Persiapan Ilmu

Untuk lebih berjaya dalam pelaburan saham, anda perlu mempersiapkan diri anda dengan ilmu-ilmu pelaburan saham sebenar. Pakar-pakar saham yang ada pada hari ini membelanjakan berpuluh-puluh ribu untuk sentiasa terus mencari ilmu tentang pelaburan ini.

Ini boleh membantu anda meminimumkan jumlah kerugian & memaksimumkan keuntungan pelaburan anda tanpa melakukan sebarang kesilapan.


#3 - Persiapan Modal

Ya, ianya sangat wajib! Anda perlu mempunyai modal yang cukup sebelum mulakan pelaburan saham. Tak perlu modal yang besar, tetapi pastikan anda cukup modal untuk membeli saham-saham yang didagangkan di bursa saham.

Pastikan modal yang digunakan ini bukanlah duit perbelanjaan bulanan anda - Gunakan duit lebihan daripada simpanan kecemasan anda untuk melabur!


Dengan adanya 3 persediaan ini, pastinya anda telah bersedia untuk menjadi pelabur saham yang berjaya dan pasti mampu membuat keuntungan dengan pelaburan saham anda!

Jika anda sudah bersedia, anda boleh mulakan langkah anda dengan membuat pelaburan ilmu SAHAM yang benar-benar terbaik dari pakar Saham sebenar - Dan mula menjadi pelabur saham yang menjana keuntungan lumayan dengan bermain saham!

Klik link di bawah untuk mengetahui cara terbaik untuk memulakannya..







Tiada ulasan:

Strategi Melupuskan Hutang

STRATEGI MELUPUSKAN HUTANG 1. Berhenti membuat hutang baru 2. Senaraikan hutang dan jumlah ansuran bulanan, serta kadar, kadar sebenar (effe...