Pengikut

Istilah Penting Dalam Pelaburan Saham


13 Istilah PENTING Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Pelaburan Saham

Semua istilah inilah yang bakal anda dengari seumur hidup anda setelah anda membuat keputusan untuk menjadi pelabur saham!

Sahabat-sahabat sekalian,

Selepas anda mendaftar akaun CDS, pastinya anda sangat bersemangat untuk memulakan pelaburan saham di platform saham pilihan anda..

Tapi..

Bila anda mula terjun ke pelaburan saham ini, anda mula terpinga-pinga mendengar pelbagai istilah-istilah pelik yang diungkapkan oleh pelabur saham yang lain..

Jika anda rasa pelaburan saham ini hanya ada 2 perkataan "BUY" dan "SELL", pastinya anda silap besar kerana banyak istilah-istilah yang digunakan dalam pelaburan saham untuk menggambarkan pasaran saham semasa dan sebagainya.

Istilah-istilah ini sangat penting untuk difahami jika anda benar-benar mahu melabur dalam saham kerana kesilapan memahaminya mungkin membuatkan anda alami kerugian!

Berikut antara 13 istilah penting yang perlu anda tahu dalam pelaburan saham menurut ISaham.my:

#1 - Bullish - Prestasi pasaran saham dalam keadaan menaik (indeks hijau-belian)

#2 - Bearish - Prestasi pasaran saham dalam keadaan menurun (indeks merah-jualan)

#3 - Uptrend - Harga saham dalam keadaan menaik (untuk jangkamasa pendek/panjang/sederhana)

#4 - Downtrend - Harga saham dalam keadaan menurun (untuk jangkamasa pendek/panjang/sederhana)

#5 - Sideway - Harga saham dalam keadaan mendatar (untuk jangkamasa pendek/panjang/sederhana)

#6 - Support - Paras saham yang dikatakan sukar untuk teruskan penurunan. Harga akan terus menurun jika paras ini ditembusi.

#7 - Resistance - Paras saham yang dikatakn sukar untuk teruskan kenaikan. Harga akan terus naik jika paras ini ditembusi.

#8 - Gap Up - Harga dibuka lebih tinggi berbanding harga penutup semalam

#9 - Gap down - Harga dibuka lebih rendah berbanding harga penutup semalam

#10 - Q Buy - Masukkan pesanan untuk membeli

#11 - Q Sell - Masukkan pesanan untuk menjual

#12 - SELL/Exit - Jual Saham

#13 - BUY/Entry - Membeli Saham

Sebenarnya banyak lagi istilah yang perlu anda tahu, cuma dengan memahami 13 istilah asas di atas, sudah cukup untuk anda memulakan pelaburan saham anda dengan lebih bijak dengan ilmu pelaburan yang betul.

Nak belajar lebih lanjut berkenaan dengan pelaburan saham sebenar?

Klik link berikut untuk mengetahuinya:







Tiada ulasan:

Strategi Melupuskan Hutang

STRATEGI MELUPUSKAN HUTANG 1. Berhenti membuat hutang baru 2. Senaraikan hutang dan jumlah ansuran bulanan, serta kadar, kadar sebenar (effe...