Pengikut

Resepi Satey Minang



SATEY MINANG


Bahan-Bahan

Lidi satey (rendam air dulu)

Nasi impit

Daging Lembu 1/2 kilo (potong dadu)

Tepung beras 1 cawan (bancuh air)

Gula perang 1 cawan

Garam secukup rasa 


Bahan Kisar halus

Bawang merah 10 biji

Lada besar merah 5 tangkai

Cili padi 5 tangkai

Kunyit hidup 2 inci

Lengkuas 1 inci

Halia 2 inci

Biji ketumbar 2sb

Jintan manis 1sk

Jintan putih 1sk


Cara Menyediakan

  1. Campur daging dengan bahan kisar taruk air 1 mangkuk..rebus sampai daging betul2 empuk..angkat sejukkan.
  2. Asingkan daging dari Air rebusan. Air rebusan rebus balik..taruk gula garam dan tepung beras..kacau je sampai kuah pekat..jgn pekat sangat k.. kuah nii rasanya manis2 pedas.. pandai2 la k
  3. Okey daging tadi potong kecik2.. pastu cucuk kat lidi..bila semua dah abes cucuk taburkan gula sikit.. pastu bakar.,
  4. Atie bakar dekat kuali Ajaib je..masa bakar tutup k.. renjis2 kan minyak masak..ingat ye lidi rendam dulu supaya tak terbakar.. 
  5. Satey sedia dihidangkan bersama nasi impit.. kuah.. dan taburkan bawang goreng.

Siap... selamat mencuba!! πŸ˜€


Bismillah 😘😘

Tiada ulasan:

𝗣π—₯𝗒𝗠𝗒 𝗖𝗔π—₯π—₯𝗒𝗧 π—–π—”π—žπ—˜ ᡇʸ 𝗠𝗔𝗠𝗔𝗦𝗔𝗕

𝗣π—₯𝗒𝗠𝗒 𝗖𝗔π—₯π—₯𝗒𝗧 π—–π—”π—žπ—˜ ᡇʸ 𝗠𝗔𝗠𝗔𝗦𝗔𝗕 🌹 πŸ“† 11-24 Jun 2024 sahaja‼️ πŸ’°Harga lelong π—₯𝗠 𝟯𝟡.𝟡𝟬 𝗷𝗲𝗿 πŸ’°Harga lelong π—₯𝗠 ...