Pengikut

Jika Anak Lemah Matematik Apa Nak Buat?

Ikut panduan yang saya tulis ni.Jika anak anda SEKOLAH MENENGAH bantu mereka kuasai asas Algebra.Minimum 6 Asas ni wajib di kuasai kalau bercita-cita nak anak cemerlang dalam matematik sekolah menengah. 

1. Kuasai Hukum Asas Algebra & kembangan
2. Kuasai Persamaan Linear
3. Kuasai 4 teknik Pemfaktoran
4. Kuasai Persamaan Linear 
5. Kuasai Persamaan Linear Serentak
6. Kuasai Rumus Algebra

Jika anak anda SEKOLAH RENDAH (Tahun 3,4,5,6) dan masih lemah matematik saya cadangkan bantu anak kuasai 4P ni

1) Penukaran Unit
2) Pecahan
3) Peratus
4) Perpuluhan

Untuk Sekolah Rendah,saya cadangkan buatlah apa sahaja pun untuk bantu anak kuasai Pecahan terlebih dahulu.Kenapa Pecahan? Sebab pecahan ni ada hampir 80% dalam semua bab dan subtopik kecik-kecik.

Maksudnya kalau anak anda lemah pecahan,atau 50-50 je tahap penguasaanya ,nak skor matematik peringkat UPSR dengan pantas teramat-amatlah susah.

Untuk bantu anak kuasai pecahan ni,jangan guna soalan yang terlalu mudah,jangan pula guna yang susah sangat.Ada beberapa modul kat pasaran,saya lihat terlampau sangat asas soalannya,Walaupun anak dah buat lebih dari 1000 soalan,bila masuk exam tak dapat jawab-jawab juga.

Kenapa?

Sebab soalan-soalan asas yang dijawab tu TIDAK di dihubungkan dengan soalan BERTARAF PEPERIKSAAN yang sebenar.

Sebaiknya guna Soalan Peperiksaan Percubaan Negeri dan Past Year Question .Susun dari aras rendah ,sederhana dan tinggi kemudian buat secara LTB (Latih Tubi Berfokus) secara gerila.

Cuma nak susun ni pun perlukan orang yang mahir dan berpengalaman.

Jomlah bagi Maths Catch Team Kami bantu secara intensif setiap minggu.

Saya perhatikan ramai ibu bapa sekarang NAK SANGAT mengajar anak-anak dirumah.Tapi problemnya, silibus sekarang dah makin tinggi dan bukan macam dulu lagi kan.

Kebanyakan ibu bapa ADA 3 MASALAH NI:

Tak Tahu Cara Nak Ajar Anak?

Tak Tahu Anak Lemah Bahagian Mana?

Tak ada masa nak susun bahan,modul dan program untuk anak,kan?

NAK SAYA BANTU?

Kalau anda ada anak yang masih lemah ,tak minat dan tak fokus dan nak kami bantu anak tu kuasai Matematik dengan pantas setiap minggu dalam kelas secara online Boleh daftar disini sekarang



Tiada ulasan:

Strategi Melupuskan Hutang

STRATEGI MELUPUSKAN HUTANG 1. Berhenti membuat hutang baru 2. Senaraikan hutang dan jumlah ansuran bulanan, serta kadar, kadar sebenar (effe...