Pengikut

Resepi Kek Span Basuh Pinggan (Sponge dish cake)








Bahan2 

2 biji telur A 
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil ovalet
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat
1 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (ayakkan) 
1/2 cawan butter/marjerin suam yg dicairkan (cairkan butter pastu sukat 1/2 cawan)

Pukul guna mixer semua bahan kat atas kecuali butter cair. pukul adunan sampai kembang & jadi warna putih. 

Lepas adunan dah kembang, masukkan butter cair & mix slow sekejap je sampai sebati. 

Bahagikan adunan utk warna hijau & kuning. pastikan adunan kuning lagi banyak dari adunan hijau. 

Bakar suhu 150c 40 minit. keluarkan adunan hijau selepas 30 minit. cucuk dulu ngan lidi nak tahu masak ke tak. teruskan bakar adunan kuning sampai masak. suhu & masa bergantung pd oven masing2 jugak

Sejukkan kek atas redai. potong kek ikut saiz & ketebalan yg kita nak. 

Sapu sedikit madu atas kek kuning utk lekatkan bersama kek hijau. 

Dah lekat biar sekejap pastu boleh la potong cantik2




Kredit : Sajid Al Hafiz

Tiada ulasan:

Nak Buat Duit Extra RM2K+ Sebulan? Boleh Buat Part Time Je!

Korang yang tengah: Nak cari side income tapi tak tau nak start macam mana? Nak buat bisnes online tapi takut tersalah langkah? Nak belajar ...