Hanya 1 sahaja insyAllah akan kekal dalam Usaha Dakwah hingga ke Akhir Hayat.. Yg lain akan berhenti di pertengahan Jalan..
1-Org yg buat Dakwah ikut Mood
Org yg buat Dakwah ikut mood ni akan buat Dakwah bila mood baik.. Tak Taskel pun dia dtg.. Tapi Bila mood tak baik, bawalah siapa pun g khususi dia,Dia tak terkesan..org sebegini akan berhenti di pertengahan Jalan kalau dia terus kekal dgn sifat ini..
2-Org yg buat Dakwah sebab ikut kawan
Org yg sebegini hanya akan buat dakwah kalau ada kawan² ajak.. Kalau ada kawan² yg dia kenal, baru dia keluar Dakwah.. Kalau tak, dia tak nak buat Dakwah.. Org sebegini juga akan berhenti di pertengahan Jalan kalau dia terus kekal dgn sifat ini..
3-Org yg Buat Dakwah waktu ada masalah je
Ada juga golongan yg keluar Dakwah hanya waktu dia ada masalah.. Waktu tengah tersepit.. Waktu tgh miskin.. Waktu tgh tak de kerja.. Waktu tgh tak masyhur.. Setelah masalah dia selesai,waktu dia dah senang, waktu dah masyhur, waktu dah kaya, lupa diri.. dia akan tinggalkan kerja Dakwah.. Kemudian setelah beberapa lama, dia ada masalah balik, kne buang kerja atau waktu tgh susah, dia muncul balik keluar Dakwah.. Org sebegini juga akan berhenti di pertengahan Jalan kalau dia terus kekal dgn sifat ini..
4- org yg buat Dakwah kerana Allah
Org yg buat Dakwah kerana Allah inilah Daie yg sebenar... Bahkan mereka memahami tanggungjawab juga maksud tujuan mereka di hantar oleh Allah ke Muka Alam ini..dia memahami Selain dari kerja Dakwah, hanyalah kprluan sahaja.. Mereka memahami bahawa kerja Dakwah ini menyambung hasrat hati Rasulullah Saw untuk bawa manusia pd Allah..
Dalam Apa keadaan pun mereka tetap akan buat Dakwah.. Sntiasa ikhlas dan istikhlas.. Sntiasa istiqomah dan terus ihtimam dalam kerja Dakwah.. Tak kira waktu senang, susah, kaya, miskin, lapang, sempit ... Allahuakbar.. Dalam apa keadaan dan suasana, mereka tetap akan terus buat kerja Dakwah hingga Allah buat keputusan untuk jemput mereka pulang bertemu Allah...
Hingga Akhir Hayat mereka akan berada di Jalan Allah. Samada shahid ketika menjadi muhajirin di perantauan Org ataupun wafat sebagai Ansar di saat membuat usaha Maqami di tempatan sndiri.. Org sebegini lah insyAllah akan kekal dalam usaha Dakwah kerana mereka buat Dakwah dgn niat kerana Allah..tiada maksud lain.. Tiada tujuan lain..tidak mgharapkan apa² balasan melainkan dari Allah.. Di tempat mana pun mereka di hantar, samada bersesuaian dengan kehendak mereka ataupun tidak, mereka tetap bersedia bila takaza (misi Dakwah) telah di bentang..
Hazrat Maulana Ilyas kandahlawi rah. Satu petang buat gash(ziarah rumah ke rumah).. Jemaah di bahagikan 2..satu jemaah yg duduk dalam masjid buat amal untuk kerohanian Jemaah satu lagi Dakwah bergerak jumpa manusia di luar.. Bila jemaah luar tu keluar masjid, mereka masuk semula.. Maulana Ilyas kandahlawi rah. Brtnya, kenapa kamu masuk balik? Mereka jawab.. Di luar hujan telah turun Maulana..
Hazrat Maulana Ilyas kandahlawi. Bertanya kepada Jemaah tersebut, adakah kamu pernah dengar mana² Pasar tutup waktu hujan turun? Adakah kamu pernah dengar mana² kilang tutup kerana Hujan turun? Adakah kamu pernah dengar mana² pejabat atau perusahaan dunia tutup kerana Hujan? TIDAK... Jd kenapa mesti Dakwah di hentikan hanya kerana hujan yg turun.. Hazrat Maulana Ilyas kandahlawi rah sebenarnya sedang melatih dan mendidik golongan Daie yg kental dalam apa jua keadaan.. Allahuakbar..
Semoga Allah golongkan kita di kalangan mereka yg buat kerja Dakwah kerana Allah semata².. Ikhlas dan istikhlas.. Istiqomah dan terus ihtimam dalam kerja Dakwah hingga Akhir hayat.. Semoga Allah gunakan diri harta masa dan seluruh zuriat keturunan kita hingga hari kiamat untuk Agama Allah, menjadi asbab Hidayat untuk seluruh umat.. Amin.
Betapa beruntung mereka yg shahid di Jalan Allah begitu juga sgt beruntung mereka yg hidup di Jalan..
Us khann Daie
Muhajir Madani
Cnp dari Farid Roslan Offical
Tiada ulasan:
Catat Ulasan