Pengikut

Ada anak di Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6?

Sejak tahun lepas Cikgu Fadli merancang untuk membuat satu modul lengkap umpama tuisyen bulanan melalui rakaman video.

Maka beliau mencari beberapa orang kawan-kawan guru yang pakar dan serius membincangkan tentang hal ini.

Setiap sub topik dalam buku teks dirakam, nota lengkap dan padat dibina, dan soalan klon buku teks dibina. Ia lengkap dan mudah untuk diakses dan difahami oleh murid yang menontonnya.

Kami di MFS Empire juga memikirkan tentang modul latih tubi yang dibina. Kami sedar, tidak semua orang memiliki printer di rumah mereka.

Maka setiap video yang dirakam, setiap nota dan setiap soalan klon yang kami bina disertakan dengan rujukan muka surat.

Murid tonton video pengajaran di telefon pintar atau laptop, mereka rujuk nota dalam telefon juga, kemudian terus buka buku teks berdasarkan muka surat yang kami nyatakan dan terus buat latih tubi.

Tidak perlu print out bagi yang tiada printer, boleh juga salin beratus-ratus soalan klon yang kami bina. Yang ada printer, boleh saja print out nota dan soalan latih tubi. Skema jawapan turut diberi. 

Perfect! Semua orang boleh access. Dan paling penting adalah setiap rakaman video pengajaran.

Sebab kami tahu, ramai sangat parent nak ajar anak-anak mereka di rumah, namun tidak tahu cara yang betul.

Satu modul mengandungi 8-15 video. Setiap minggu anak cuma perlu tonton 2-4 video dan terus buat latih tubi.

Pengajaran pula mengikut susunan apa yang murid belajar di sekolah. 100% berdasarkan buku teks terkini.

Dan modul ini kami namakan sebagai Mathzier.

Sejak dilancarkan Februari lalu, ia mendapat sambutan hangat ibubapa. Feedback sangat positif bahkan sangat ramai yang pm bertanya bila bab seterusnya akan dikeluarkan.

Setakat ini kita dah pun buat 5 bab untuk tahun 4, 5 dan 6. Ia sangat-sangat membantu murid belajar secara kendiri di rumah.

Tambah-tambah ramai murid yang tertinggal dalam pelajaran kerana lockdown PKP sejak Mac lalu.

Alhamdulillah, modul ini banyak membantu murid-murid untuk mengejar kembali pelajaran yang tertinggal.

Ada anak di Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6?

Dapatkan modul Mathzier ini. Sangat-sangat kami syorkan. Video boleh ditonton berulang kali sampai betul-betul faham dan part paling menarik, ia boleh diwarisi.

Pendek kata, langgan untuk abang atau kakak, adik-adik turut sama dapat guna bila mereka naik ke tahun tersebut. Untung kan? Langgan sekali boleh guna sampai bila-bila.



Bab 6 iaitu Bab terakhir akan cover topik-topik akhir yang tiada dalam Bab 1 hingga 5 bagi setiap tahun.InsyaAllah akan release pada bulan hadapan nanti.


Tiada ulasan:

Strategi Melupuskan Hutang

STRATEGI MELUPUSKAN HUTANG 1. Berhenti membuat hutang baru 2. Senaraikan hutang dan jumlah ansuran bulanan, serta kadar, kadar sebenar (effe...